Selasa, 20 Julai 2010

BERSAMA PERSATUAN PELAJAR JOHOR MESIR

Tanggal 20 Julai 2010, saya dijemput Persatuan Pelajar Johor Mesir menjadi pengisi salah satu slot dalam program yang diadakan di Dewan Asrama Johor di Rab'ah Adawiyyah. Saya telah menyampaikan sebuah tajuk " Ketrampilan Dan Profesionalisme" kepada siswa-siswi tahun akhir sebagai persediaan mereka balik untuk masuk dalam perkhidmatan suatu hari nanti.


 
Selepas slot selama dua jam yang bermula jam 9 pagi  itu, berakhir, saya diraikan Pegawai HEP Johor dan YDP BAKAN Johor dengan hidangan "Nasi Lemak Johor" di ruang pejabat yang dikahskan untuk persatuan  anak negeri itu.



Tahniah buat YDP dan pimpinan PPJM dan dan semua yang hadir. Semoga perkongsian yang diberi mendatangkan manfaat khasnya apabila berada di tanah air nanti.

Tiada ulasan: