Sabtu, 17 Julai 2010

Inter ASEAN Embassies Bowling Tournament, 17 July 2010

Pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dengan kerjasama Kedutaan Besar Filipina di Kaherah telah menganjurkan Inter ASEAN Embassies Bowling Tournament pada 17 Julai 2010 (Sabtu), bertempat di International Bowling Center (IBC).

Sebelum ke IBC saya menerima tamu dari Malaysia, kawan sekelas semasa sama -sama di  "kelas persediaan" Maktab Mahmud Alor Setar tahun 1980 dulu yang dalam perjalanan menunaikan ibadah umrah di Mekah. Akhi Syafie Saleh memang pelajar pintar MMAS salah seorang pelajar yang menyambung pelajarannya ke USA kemudian bertemu jodohnya dengan salah seorang siswi di sana. Hasil perkahwinan semasa belajar di US, beliau kini sudah ada dua anak yang sedang belajar dalam bidang kedoktoran di sini selain 4 lagi di Malaysia.

 
Sebanyak 7 negara ASEAN mengambil bahagian dalam kejohanan ini, iaitu Indonesia, Myanmar, Filipina, Thailand, Veitnam , Brunei selain Malaysia. Singapura telah menarik diri di saat akhir kejohanan di atas sebab yang tak dapat dielakkan. Hampir kesemua Duta dan pegawai-pegawai kanan kedutaan negara-negara tersebut hadir dan para Duta atau sekurangnya Kuasa Usaha Sementara telah merasmikan kejohanan beramai-ramai.



Rasa debar sebagai ketua pasukan buat kali pertama dalam sejarah hidup ini, yang diletakkan harapan tinggi rakan-rakan di KBMK menyebabkan saya hampir hilang tumpuan. Alhamdulillah berkat semangat "Malaysia Boleh" dan kesungguhan serta disiplin tinggi semua pemain yang mewakili Malaysia kali ini, Malaysia tetap berjaya walaupun sekadar meraih naib juara. Tahniah buat semua rakan sepasukan yang telah memberikan yang terbaik sekaligus mengharumkan nama negara dan syabas buat Us Sabli   kerana memberikan kemenangan bonus untuk kategori jatuhan pin terbanyak individu dan strike terbanyak serta Us Farid  yang mendapat tempat ketiga strike terbanyak..













Buat saya yang sebenarnya "terserempak" dipilih menggalas cabaran negara, sesungguhnya ia satu pengalaman yang sungguh berharga dan kenangan yang mungkin tidak akan berulang lagi...!

Tiada ulasan: