Demikian suatu ketetapan yang telah menjadi sunnatullah yang menjadikan tiap sesuatu itu di bumi ini berpasang-pasangan....
Ada siang adalah malam, ada pagi ada petang, ada atas ada bawah, ada pejam ada celik, ada lelaki ada perempuan....ada awal ada akhir, dan....bila ada pertemuan pasti ada perpisahan!!!
20 Julai 2010, saya dan isteri bersama beberapa orang pelajar mengiringi kumpulan terakhir pelajar-pelajar KUIN ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Mereka menaiki pesawat Egyptair yang berlepas dari Terminal 3 Mathor Gadid. Terharu melihat ramai rakan-rakan mereka di Asrama Darul Aman 3 dan 2 yang menghantar dan bersalaman serta berpelukan sebelum berpisah. Jelas masing-masing telah saling mengenali dan menjadi mesra. Namun demikian satu ketetapan..Tiap pertemuan pasti disudahi dengan perpisahan. Walau kekadang ia menyakitkan, namun itulah hakikat kehidupan!
Sebelum mereka masuk untuk check in, saya diminta Akhi Shahrizal yang menjadi Pengarah Jaulah untuk menyampaikan sepatah dua pesanan. Di samping berpesan supaya masing-masing cuba untuk jadi berbeza apabila sampai ke tanah air nanti dari yang lain-lain kerana telah menerima kursus bahasa di sini dengan selalu mempraktikkah bahasa, bergaul dengan rakan-rakan lain dalam Bahasa Arab serta cuba untuk menjadi yang terbaik dalam skor peperiksaan nanti kerana telah memiliki almaharat almukhtalifah fillughah, saya juga mengambil peluang mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberi dan memohon maaf atas segala kekurangan yang timbul dari pihak saya.
Setelah sesi bergambar, masing-masing berpelukan dan bermaafan sebelum berangkat masuk....
Untuk anak-anak KUIN, selamat maju jaya dan jumpa di sana nanti Insyaallah...Jangan lupa ke rumah Abah di 76 Jalan Telok Wanjah 05200 Alor Setar. (berhadapan Menara Zakat) .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan