Awal Julai, semua banat KUIN yang menumpang teduh di Ramah Tamu Pahang di Haiyyu 'Asyir sejak sampai dari Malaysia bagi mengikuti Program Jaulah Lughah Arabiah di Mesir tempohari, akhirnya berpindah ke Rumah Tamu Kedah di Asrama Darul Aman 3 Haiyyu Sabiek. Pegawai Pahang memaklumkan bahawa Rumah Tamu itu mesti dikosongkan untuk persedian menerima rombongan Kerajaan Negeri Pahang.
Dengan ditemani Ketua Asrama Darul Aman 3 Akhi Aminuddin, Saya ke "Haiyyu Thamin" menyewa sebuah lori bersaiz sederhana di "port lori" di situ sebelum ke "Haiyyu Sabiek" dan dengan bantuan banin KUIN yang saya lihat cukup bertanggungjawab terhadap banat mereka, semua barang milik 19 banat KUIN itu seperti beg-beg pakaian, kotak-kotak buku dan lain-lain diangkut dan dipindahkan ke lori dengan pantas.
Selain beberapa orang banat yang menumpang saya pulang ke "Sabiek" dengan kereta, baki banat KUIN yang lain ditemani banin menaiki bas dari "'Asyir" ke Asrama Darul Aman 3 yang menjadi kediaman transit mereka sebelum berangkat pulang ke Malaysia tak berapa lama lagi. Kesemua mereka sebenarnya sedang menanti tarikh keberangkatan pulang secara berperingkat-peringkat dengan rombongan terakhir akan balik pada 21hb Julai nanti. Kursus Bahasa Arab di Markaz Fajr juga telah tamat dan masing-masing sudah pun menerima sijil.
Setelah banat KUIN selesai masuk ke "Rumah Tamu" di tingkat 11, saya menjemput banin KUIN yang berpeluh-peluh mengangkut beg dengan bantuan beberapa orang ikhwah penghuni Asrama Darul Aman 3 bertandang ke rumah saya. Selain berbual dan bertanya khabar, mereka diberi peluang melepaskan gian bermain ping pong sebelum sama-sama menjamah sedikit hidangan ringkas yang disediakan "oghang ghumah". Meja ping pong milik peribadi saya itu memang saya bawa ke sini untuk tujuan riadah dan silaturrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan